Wednesday, October 27, 2010

SMK SRI RAHMAT, JB

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.


Sekolah Sri Rahmat yang sebelum ini menggunakan nama Sekolah Menengah Perumahan Tampoi, Johor Bahru dibina di Tampoi, Johor Bahru, Johor yang berdekatan dengan taman perumahan seperti Taman Melor, Taman Melati, Taman Kenanga, Taman Dahlia, dan Taman Cempeka. Dibina pada tahun 1983 yang memiliki 10 orang pengetua termasuk yang sedang menjalankan tugasnya sebagai seorang pengetua iaitu Puan Hajah Zaini binti Embong. Memiliki pengetua-pengetua yang sangat tegas, berdisiplin, dan berdedikasi dalam menjalankan tugas antara satu bonus bagi sekolah dalam usaha untuk memajukan dan menaik taraf pencapaian sekolah selaras dengan visi sekolah iaitu 'Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang'.


Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rahmat (SMKSR), siapa yang tak kenal? Terkenal dalam kejayaan terutama dalam bidang kokurikulum iaitu dalam Pertandingan Seni Budaya dan ada juga pertandingan-pertandingan lain yang turut merangkul anugerah. Malah, Pendidikan Khas di SMKSR turut menaikkan nama sekolah dengan membawa pulang hadiah dalam acara-acara yang disertai. Namun, ada juga mulut-mulut yang mengatakan SMKSR terkenal dengan masalah disiplin yang sangat teruk. Tidak dapat dinafikan perkara itu tetapi bukankah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing bagi mengurangkan masalah disiplin yang berlaku? Tidak kira anda adalah guru, ibu, bapa, staff, pelajar mahupun pengkritik hebat yang hanya melihat dari jauh, anda perlu memainkan peranan anda. Renung-renungkan dan selamat beramal! ;)

Transformasi di SMKSR:


Gambar ketika perhimpunan di sekolah pada tahun 1998

Suasana ketika sekolah baru dibina
Blok baharu yang baru beberapa bulan diguna pakai


Zaman Kegemilangan :)
Memotong rambut ala Johor

Membuat kain rentang tentang 1Malaysia bersempena  Hari Kemerdekaan





RUJUKAN KAMI:

ALAMAT
JKR 4868, Jalan Skudai, Bohor Bahru 81200 Johor

Hotline:
607-2374153

email:
srirahmat@yahoo.com

website:
http://www.srirahmat.myportal.my